| Author |
Message |
AMRIXXX
WebKL Junior


Joined: Aug 26, 2005
Posts: 643
Location: KUANTAN
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 9:42 am |
  |
KUALA LUMPUR: Akibat ketagih arak, segelintir muda mudi di ibu kota sanggup mencemar puasa sepanjang hari dengan menjadikan minuman keras sebagai sajian sampingan ketika berbuka.
Meskipun agak pelik, perbuatan menjijikkan itu menjadi amalan biasa bagi kaki botol terutama di kalangan remaja yang kerap mengunjungi kelab malam dan menghabiskan masa dengan melepak di situ bersama rakan-rakan, termasuk pada Ramadan.
Sekali pandang, cara berpuasa golongan terbabit tidak ada beza dengan umat Islam lain kerana mereka berniat pada malam hari dan berpuasa keesokannya, namun amalan yang membezakan mereka ialah juadah sampingan bersulamkan ‘air setan’.
Malah, tidak menjadi masalah kepada mereka jika tidak menikmati hidangan makanan yang menyelerakan ketika berbuka puasa, asalkan dapat memenuhi selera luar biasa dengan meneguk arak.
Difahamkan, golongan terbabit sanggup berlapar tanpa menjamah makanan dan minuman untuk berpuasa sepanjang hari, sebelum bergiat dengan gejala tidak bermoral itu pada waktu malam.
Sebelum mengunjungi pusat hiburan, mereka turut membeli minuman keras di kedai atau pasar raya untuk dijadikan sebahagian ‘juadah’ berbuka bagi mengelakkan perbuatan mereka diketahui.
Amalan songsang yang menyalahi hukum agama itu didedahkan seorang wanita hanya ingin dikenali sebagai Azreen, 25, yang mengakui dia bersama rakan kerap meneguk minuman keras itu ketika berbuka puasa di rumah.
Menurutnya, dia menunaikan ibadat puasa seperti umat Islam lain pada siang, tetapi ketika berbuka, dengan tidak semena-mena dia terasa ‘haus’ untuk meneguk minuman keras.
“Di bulan ini, saya dan rakan tidak makan dan minum pada siang hari, sebaliknya berpuasa seperti biasa dengan mengunjungi pasar Ramadan berhampiran rumah untuk membeli makanan sebelum singgah di kedai atau pasar raya untuk membeli arak.
“Saya tidak mengambil air itu (arak) tiap-tiap malam. Selalunya saya minum bersama rakan-rakan di rumah ketika atau selepas berbuka dan kemudian meneruskannya di kelab malam.
“Minum pun bukan kerana nak mabuk, tapi cuma suka-suka...mungkin sudah terbiasa minum bersama kawan-kawan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Azreen berkata, dia dan rakan sanggup mengikat perut mengumpul sebahagian wang gaji bagi memastikan hasrat membeli minuman keras itu tercapai.
Dia mendakwa ‘rindu’ dan terbayang-bayang jika tidak meneguk minuman keras itu kerana sebelum ini ia sudah menjadi kebiasaan ketika mengunjungi kelab malam atau melepak bersama rakan-rakan di rumah.
Wanita itu berkata, dia terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas merantau ke ibu kota dan terpengaruh dengan rakan-rakan ‘kaki’ kelab malam.
“Sudah dua tahun saya terbabit dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas berjinak-jinak menjejakkan kaki di kelab malam.
“Pada mulanya, saya takut untuk mencuba perbuatan terkutuk itu, tetapi tewas selepas melihat keseronokan rakan-rakan yang berhibur selepas meneguk air berkenaan tanpa rasa berdosa,” katanya.
Walaupun sudah cuba menjauhi perbuatan tergolong dosa besar itu dengan menghadiri beberapa sesi kaunseling, Azreen berkata dia masih gagal meninggalkan ketagihan minuman keras itu.
Dia mengakui perbuatannya itu berdosa dan berharap khidmat kaunseling dapat memulihkannya untuk kembali ke jalan yang benar.
Difahamkan, individu yang terjebak dengan budaya berpuasa secara songsang itu sanggup berhabisan duit sehingga ratusan ringgit semata-mata memenuhi keinginan mereka untuk menikmati juadah arak.
Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my |
|
|
    |
 |
Google
Sponsor

|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 9:42 am |
 |
|
|
 |
AMRIXXX
WebKL Junior


Joined: Aug 26, 2005
Posts: 643
Location: KUANTAN
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 9:44 am |
  |
Remaja M'sia masa kini...
Arak, Zina & berpoya2 di pusat Hiburan!!
Menghallkn yg haram!!
elok ar 2.. pasni minta peruntukkn kat kerajaan Pusat perbanyakkn lg Pusat Hiburan..  |
|
|
    |
 |
ElyndaIzan
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 6892
Location: i am no where..
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 9:50 am |
  |
hmm rosak!
moga2 diberi hidayah utk pulang ke pangkal jalan.. |
_________________
 |
|
    |
 |
Ba2_niesan
WebKL Senior


Joined: Sep 07, 2003
Posts: 2773
Location: Cyberplex
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 9:54 am |
  |
ni bukan yang dalam paper metro mgu lepas ka..?
hurm.. semoga diberikan hidayah untuk berubah.. |
_________________ Adakah rezeki lebih agung dari seorang gadis solehah yang jika dipandang menyejukkan jiwa seorang pemuda? - ayat-ayat cinta ms236 |
|
   |
 |
laziaf81
WebKL Senior


Joined: Nov 18, 2004
Posts: 3438
Location: dekat-dekat ajer....
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 10:05 am |
  |
x tau nk salahkn sapa lagik....
sndiri mau ingat la..
nih dah akhir zaman..
moga2 kita sumer dpt jaga 'hati' masing2 dr 'dnoda'... |
_________________ "You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so very special".........creep |
|
  |
 |
AMRIXXX
WebKL Junior


Joined: Aug 26, 2005
Posts: 643
Location: KUANTAN
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 10:31 am |
  |
sepatutnye tempat2 camni diharamkn terus coz menyebabkn ramai remaja rosak akhlak!!!
remaja mudah terpengaruh coz maklum ar jiwa muda lg..
ramai remaja rosak puncanya dari kelab2 malm!! |
|
|
    |
 |
kemat_hassan
WebKL Junior


Joined: May 21, 2006
Posts: 938
Location: 38° 57' 6.5" N 77° 8' 44" W
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 10:46 am |
  |
dahsyat sungguh....kalau dah terbiasa buat sesuatu tu memang susah nak buang..macam smoking la jugak kan..
daripada tengok nak cuba rasa.
lepas dah cuba rasa, dah terbiasa...
bila dah terbiasa jadi tabiat..
bila dah jadi tabiat...susah la nak berenti kan..hmm... |
_________________ "Blah...? Ke mane?!" - Mafiz
"Aku? Kau tanya aku? (ketawa) Dari dulu aku dah cakap... aku nak pergi - Manchestee!" - Yadi
Argghh...! Jiwa Kacau..
YAOROVSEUEETHNCS |
|
    |
 |
Raymee
Pengendali


Joined: May 23, 2006
Posts: 5232
Location: dalam zooo
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 10:50 am |
  |
mula2 isap rokok..
pas2 minum arak...
pasnih wat maksiat lak.. da terbiasa... ari2 nak..  |
_________________ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
frenster
mespes |
|
   |
 |
kemat_hassan
WebKL Junior


Joined: May 21, 2006
Posts: 938
Location: 38° 57' 6.5" N 77° 8' 44" W
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 11:02 am |
  |
| Raymee wrote: |
mula2 isap rokok..
pas2 minum arak...
pasnih wat maksiat lak.. da terbiasa... ari2 nak..  |
itulah...cabaran umat akhir zaman ni..hmm memang hebat...
godaan tu datang dari setiap sudut...tambah2 lagi dengan teknologi canggih...dulu2 mana ada internet, hand phone semua...sekarang ni..adoyai...ko klik je...huh macam2 ada.... |
_________________ "Blah...? Ke mane?!" - Mafiz
"Aku? Kau tanya aku? (ketawa) Dari dulu aku dah cakap... aku nak pergi - Manchestee!" - Yadi
Argghh...! Jiwa Kacau..
YAOROVSEUEETHNCS |
|
    |
 |
laziaf81
WebKL Senior


Joined: Nov 18, 2004
Posts: 3438
Location: dekat-dekat ajer....
|
Posted:
Tue Oct 07, 2008 11:07 am |
  |
tuh rr...
nk salahkn teknolgi pon x leh gak...
|
_________________ "You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so very special".........creep |
|
  |
 |
|
|