WebKL.Net - Your Online Community
Xpaid
HomeDownloadAccountForum Advertising GameLyricPhoto Video
   
iKlan@WebKL
WebKL Panel
Our Panel
Home
 Your Account 
 Stories Archive
 Search
 Members List
Journal
 Columnist
 Tell Your Friend

 Sumbangan Anda
 Send Link 
 Send Lyric
 Send Article 
 Send Comment
 Submit Event

 Komuniti
 Forum
 Profile
 Borak

 Perkhidmatan
 Pengiklanan
Radio
E-Foto
Ringtones
Lirik Lagu
Download
Web Links
Games
E-Card
Quran Online

KL Menjerit
Shout History   

Only Registered Users can Shout
Create/Login
Powered By
"Web Hosting Starting from RM20/year"





WebKL.Net - Your Online Community: Forums

WebKL.Net :: View topic - Fadilah tak mahu berpisah..( apa kejadahnya nih...?? )
 Forum FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in

 
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
Author Message
laziaf81
WebKL Senior
WebKL Senior


Joined: Nov 18, 2004
Posts: 3438
Location: dekat-dekat ajer....

PostPosted: Fri Oct 03, 2008 3:51 pm Reply with quoteBack to top

NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) - "Tolonglah abah, benarkan kami berkahwin, saya benar-benar sayangkan Nasrudin, saya lebih sanggup mati dari pulang ke Malaysia."

Demikian rayu Noor Fadilah Ahmad, 18, ketika wartawan Kosmo! mengunjungi rumah keluarga Nasrudin Dahrom untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Desa Kesik, Lombok Timur kelmarin.

Menurut Fadilah, dia sedar apa yang dilakukannya itu sudah pasti akan melukakan hati ibu bapanya namun dia yakin sudah membuat keputusan untuk menentukan masa depannya.

"Saya sudah dewasa dan saya mula mengenali Nasrudin sejak berumur 15 tahun.

"Sejak itu saya sudah mengenali hati budinya dan sekarang saya sudah berusia 18 tahun, benarkan saya buat keputusan untuk diri saya sendiri," jelasnya yang sehingga kini masih belum berkahwin kerana tidak mendapat izin wali.

Pasangan kekasih ini masih belum bernikah yang sepatutnya dijadualkan sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu kerana permohonan mereka untuk bernikah masih belum diluluskan.

Mereka dijangka diijabkabulkan dalam tempoh seminggu selepas hari lebaran ini.

Pada 1 Oktober lalu, bapa Fadilah, Ahmad Abdul Hamid, 46, menegaskan bahawa dia tidak merestui hubungan anaknya dengan Nasrudin dan bertekad mahu membawa pulang anaknya itu.

Ketika ditanya mengenai reaksi bapanya yang tidak bersetuju dengan hasratnya untuk berkahwin dengan Nasrudin dan tekad untuk membawa anaknya pulang, Fadilah memberitahu, dia akan tetap tinggal di sini walaupun dipaksa untuk pulang.

Sementara itu, Nasrudin ketika ditemui menjelaskan, dia berharap dapat berunding dengan bapa Fadilah terlebih dahulu dan sekiranya gagal, dia akan mempertahankan Fadilah walau dengan cara apa pun.

Image
NOOR FADILAH menghidang makanan kepada tetamu di rumah bakal ibu mentuanya di Lombok Timur semalam.


Arrow haku sbenarnya terkedu baca crita nih......sebab jantan indon nih, bulehkan budak pompuan nih buat mak bapak dia mcm gini......hmmm.....apa la nak jadi......... Confused Confused Confused

_________________
"You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so very special".........creep
View user's profileSend private message
Google
Sponsor





PostPosted: Fri Oct 03, 2008 3:51 pm Back to top

gualabeb
WebKL Junior
WebKL Junior


Joined: Sep 14, 2008
Posts: 419
Location: jb

PostPosted: Fri Oct 03, 2008 9:02 pm Reply with quoteBack to top

he.....he...zaman dah berubah,dunia semakin maju! Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

_________________
just click here to make easy money http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=zulhairi
View user's profileSend private messageVisit poster's website
vincarliff
WebKL Junior
WebKL Junior


Joined: Aug 01, 2002
Posts: 630
Location: behind u

PostPosted: Sat Oct 04, 2008 9:08 pm Reply with quoteBack to top

aku rasa musti bdk ni dah terkena ubat guna2...
takan la sanggup lari ke indon nun...

_________________
They thought I was a Surrealist,but I wasn't.I never painted dreams.I painted my own reality...
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo MessengerMSN Messenger
Raymee
Pengendali
Pengendali


Joined: May 23, 2006
Posts: 5232
Location: dalam zooo

PostPosted: Mon Oct 06, 2008 9:34 am Reply with quoteBack to top

tgk muka sarjan misai tuh... pandang semacam jer.. Laughing
den baca sanggup naik tongkang tuh..
perjalanan jauh 4000 km.. perghhh..
bodoh pompuan nih..

_________________
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
frenster
mespes
View user's profileSend private messageSend e-mail
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 6892
Location: i am no where..

PostPosted: Mon Oct 06, 2008 9:52 am Reply with quoteBack to top

hr tu kata nak balik sgt...dah ni kata nak kawen plak...ape kejadahnya plak lah..hmm..

_________________
Image
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
gizmogurl
WebKL Senior
WebKL Senior


Joined: Jun 14, 2004
Posts: 1658

PostPosted: Mon Oct 06, 2008 10:01 am Reply with quoteBack to top

ni baru di kata kn cinta maut...lautan sanggup ku rentas.....

tah la..jahat la indon2 nie..n if korang perasan..diorang ni target budak belasan je utk derang main cinta..mcm harem sathey betol..... budak2 mentah tu yg derang kerja kan... !#$%*^&*%#@#!

_________________
Image
View user's profileSend private message
laziaf81
WebKL Senior
WebKL Senior


Joined: Nov 18, 2004
Posts: 3438
Location: dekat-dekat ajer....

PostPosted: Mon Oct 06, 2008 10:07 am Reply with quoteBack to top

Kahwin lari jadi adat 'perwira' - kosmo, oct 6

KUALA LUMPUR - Rata-rata penduduk kepulauan Lombok, Indonesia tidak ada masalah dengan tindakan segelintir lelaki mereka melarikan anak gadis asing khususnya dari Malaysia untuk dikahwini.

Malah ada yang mempertahankannya dengan alasan ia tradisi yang menggambarkan 'keperwiraan' lelaki Lombok.

Tinjauan Kosmo! di wilayah itu baru-baru ini mendapati 'adat' tersebut begitu kuat dipegang dan diwarisi dari generasi ke generasi sejak ratusan tahun dahulu.

Seorang penduduknya yang hanya mahu dikenali sebagai Jumiati, 27, yang juga melarikan diri daripada keluarga di satu tempat di Indonesia tiga tahun lalu, yakin bahagia kerana lelaki pilihannya yang juga seorang warga Lombok.

"Saya berbangga memiliki lelaki seperti ini kerana mengikut adat kami, lelaki akan mempertahankan wanita yang dilarikannya dengan apa cara sekalipun," katanya.

Kes terbaru yang membabitkan seorang rakyat Malaysia, Noor Fadilah Ahmad, 18, dilarikan oleh pemuda Lombok, Nasrudin Dahrom, 24.




mcm sak....

_________________
"You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so very special".........creep
View user's profileSend private message
ElyndaIzan
Ketua Pengendali
Ketua Pengendali


Joined: Mar 24, 2004
Posts: 6892
Location: i am no where..

PostPosted: Mon Oct 06, 2008 10:12 am Reply with quoteBack to top

tang guna-guna minyak ni yg buat hangin nya...rasanya aku baru je
baca paper last week kot..kata bapa si padilah ni anak dia
nangis2 nak balik...la ni dah jd lain plak..

ada satu kes tu anak dah 3/4 org kot..sian dia dulu ikut mamat lombok
masa umur belasan tahun gak...suami dia merantau tah gi mana...dia
lak tinggal le kat lombok tu x leh nak gi mana..
terpaksa cari rezeki nak bg anak2 makan...daif sgt keadaannya
sian..ermm..dah jd gitu barulah diaorg nak ingat
gaknya..masa lari ituhari..sanggup redah lautan..

_________________
Image
View user's profileSend private messageSend e-mailYahoo Messenger
AMRIXXX
WebKL Junior
WebKL Junior


Joined: Aug 26, 2005
Posts: 643
Location: KUANTAN

PostPosted: Mon Oct 06, 2008 10:15 am Reply with quoteBack to top

indonesia terkenal dgn sihir,pukau & ubat guna2 nih..
pandai2 ar...

tp klu dah jodoh nk wat camne kan...
Gunung berapi pun sanggup org redah klu dah SAYANG.... Laughing Laughing
View user's profileSend private messageSend e-mailVisit poster's website
petirberdentum
WebKL Junior
WebKL Junior


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 596
Location: Tempat Strategik

PostPosted: Mon Oct 06, 2008 10:57 am Reply with quoteBack to top

dah kena mandrem la tu...

beso azab derhaka pd mak bapak ni...




_______________________________
perut penuh lemang...
View user's profileSend private messageVisit poster's website
Display posts from previous:      
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



Powered by phpBB © 2001 phpBB Group

Version 2.0.6 of PHP-Nuke Port by Tom Nitzschner © 2002 www.toms-home.com
Forums ©
Semua kandungan di dalam WebKL.Net ini adalah hak milik awam. Salin dan sebarkan untuk kebaikan semua.


WebKL.Net Copyright © 2005 by Putra_Aslim. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. WebKL.Net comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.17 Seconds