Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Jangan malu belajar dari sesiapa. Terbaru, kita telah mendapat satu pelajaran berguna dari DAP. Mereka telah berjaya membebaskan bukan sahaja ahli mereka dari ISA, tetapi 13 orang semuanya. Tahniah.
Keadaan sekarang kritikal. Peluang hanya sekali. Lewat bermakna rugi. Ini sahaja peluang kita membantu seorang isteri yang sensara 6 tahun, digantung tidak bertali. Anak yang dari lahir tidak mengenali ayah sendiri. Tomahan dan maruah keluarga yang diinjak-injak. Kita tidak rasa penderitaan seorang ibu dan anak kecil. Cukup-cukuplah penderitaan mereka.
Kita tidak boleh mengharapkan Barisan Rakyat serius mengambil segala kesempatan kelemahan BN untuk membantu kita. Mereka terlalu sibuk dengan politik.
Apa yang boleh kita buat?
Kita bersatu dalam satu kumpulan pendesak. Turunkan sokongan di thread ini dan sign petition yang dikemukakan.
Kita akan keluar dari alam maya bersama-sama menyerahkan memorandum dan petition itu kepada 2 pejabat. Satu pejabat PAS dan satu lagi pejabat PKR.
Kita mendesak, kedua-dua parti menyediakan satu kerusi ‘ugutan’ untuk satu tahanan ISA yang belum dibebaskan. Jika 2, maka 2 kerusi ‘ugutan’ untuk 2 tahanan ISA.
Gambar 2 dari kanan adalah bapa kepada anak dan suami kepada isteri yang tidak mendapat perbicaraan. Tidak dituduh salah di mahkamah. Ditahan hanya berdasarkan persepsi pemerintah. Sudah mencecah 6 tahun. Dapatkah anda membayangkan penderitaan mereka?
Jadi, PAS atau PKR perlu menyediakan 2 penjihad kerusi untuk kita sebagai rakyat. Kita desak mereka kerana mereka berjuang untuk kita, BUKAN kita berjuang untuk mereka. Najib sekarang sangat takut kepada fenomena rakyat menolaknya. Bayang-bayang peralihan kuasa Paklah kepada Najib menghantui kemungkinan ada desakan peralihan kuasa Muhyiddin kepada dia pula.
2 penjihad kerusi.
1. 2 penjihad kerusi hendaklah terletak di negeri selain Kelantan. Kerana kerusi Kelantan tidak mempunyai momentum yang kuat terhadap penolakan Najib. Kelantan sudah lama menolak BN.
2. 2 penjihad kerusi hendaklah bersedia menerima risiko tidak boleh bertanding PRU13 kerana larangan 5 tahun.
Penutup.
Wa akan menjawab soalan dari thread ini secara terkumpul. Kita tidak boleh lewat sehingga peluang ini berlalu. Tamatkanlah penderitaan mereka. Mereka adalah kelompok kita. Kelompok rakyat yang menjadi mangsa permainan politik orang politik.
Sekali lagi ditegaskan. Kita perlu tahu dan gigit. Ahli politik menjadi ahli politik kerana kita (rakyat). Mereka perlu berjuang kerana kita. Bukan kita yang berjuang kerana mereka.
Turunkan sokongan anda!
1. Di thread ini
Kita akan serahkan desakan ini secara bersama nanti. Tarikh akan diberikan.
jihad ke arah pekara yg salah mmg le patut kena isa.
Dlm islam boleh ke kurung orang tanpa bicara? mcm tak ada keadilan je... kalu kerajaan rasa mereka tu salah, bicara le...tunjuk bukti mereka bersalah, then kalu sabit kesalahan, jatuh le hukum sepatutnya...
p/s napa mat rempit dn peragut tak nak kena ISA? mereka tu pun mengancam keselamatan dn kesejahteraan negara apa
AdukaTaruna WebKL Junior
Joined: Mar 01, 2006
Posts: 504
Posted:
Sat May 09, 2009 8:42 pm
Keluarga pemimpin Hindraf ceria, keluarga muslim kita derita.
Quote:
Kira-kira setengah jam kemudiannya, Manoharan dilihat keluar dari kem tersebut dalam sebuah lagi kereta Proton Saga.
Kemunculan beliau disambut dengan laungan "Makkal Sakthi" (kuasa rakyat) dari sekumpulan kecil penyokong Hindraf di luar kem tersebut.
Kira-kia 30 orang yang berhimpun di luar kem tersebut menyambut pembebasan mereka dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 18 bulan.
Desak PAS / PKR sediakan 2 penjihad kerusi.
nyle WebKL Beginner
Joined: May 10, 2009
Posts: 3
Posted:
Sun May 10, 2009 3:24 pm
Good day to all,
We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:
mohon kehadiran suara ke blog kami "Misi Membebaskan Tahanan ISA" dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat: Blog Bebaskan Mereka
seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
bagus idea ni.kita patut sokong.ala tandatangani petition,apa la sangat.
AdukaTaruna WebKL Junior
Joined: Mar 01, 2006
Posts: 504
Posted:
Mon May 11, 2009 5:25 am
2 kerusi dicaturkan. (3)
Oleh : AdukaTaruna
Tidak praktikal ugut kerusi. Tumbangkan BN dulu?
Ini semua seni perang. Dalam kejar matlamat utama memusnahkan HAMAS, Israel perlu membina tembok konkrit bagi menghalang penyeludupan senjata Hamas. Pembinaan tembok konkrit itu hanyalah sebahagian kecil dari matlamat besar Israel, tetapi step yang penting.
Kemudian muncul pula terowong bawah tanah akibat pembinaan temboh jalan darat. Musnahkan pula terowong bawah tanah selagi mampu. Ini semua terletak dalam seni berperang menuju ke matlamat utama.
Kesimpulannya di sini, bangsa cerdik bergerak step by step. Tetapi, bangsa kita hanya tumpukan kepada perkara pokok yang zahir. Kita tidak halus.
BN tumbang = ISA tiada.
ISA ada = BN sukar tumbang.
BN tumbang = ISA tiada.
Dah macam te**r dan ayam, siapa dulu. Bayangkan, BN kalah PRU13, tatkala, kualiti iman / integrity PKR+DAP+PAS masih lemah; dan ditambah ISA masih wujud.
Siapa jamin peralihan kuasa BN ke BR berlaku dengan aman? ISA masih wujud. Anytime beberapa MP 'degil' BR boleh ditangkap. DAn anytime beberapa MP BR boleh dibeli.
Jika difokuskan kepada ISA sahaja, maka, apa guna kita bertelagah soal ayam dan te**r, tatkala kedua-duanya perlu digerakkan sekaligus?
Rujuk seni berpolitik bangsa cerdik. Jangan rujuk seni berpolitik bangsa Melayu. Jangan biarkan peralihan kuasa BN ke BR seumpama kumpulan gangster bergaduh dengan kumpulan gangster.
ISA masih wujud ketika itu!
Itu serampang satu. Serampang duanya, inilah peluang PAS/PKR membantu membebaskan suami kepada isteri dan ayah kepada anak. 6 tahun ditahan tanpa hak bicara mahkamah! Gila!
Seni berpolitik DAP telah berjaya membebaskan pejuang mereka. Bila seni berpolitik Melayu mampu mencapai tahap ini? Peluang depan mata.
Kalau Najib enggan, PRK sahaja tatkala senario+sentimen rakyat 60% kepada BR. Jadikan PRK itu pungutan suara terhadap pembebasan mereka!
Perjuangan ahli politik harus untuk rakyat!
AdukaTaruna WebKL Junior
Joined: Mar 01, 2006
Posts: 504
Posted:
Mon May 11, 2009 5:28 am
2 kerusi dicaturkan (1).
Quote:
ISA tu baru 1% dari segala perjuangan....sedangkan 99% lagi perjuangan masih berbaki...tak kan sebab 1% dah nak ugut letak jawatan?.....apakah mereka dilantik jadi ADUN dan MP semata-mata untuk ISA?....ini khianat kepada kepercayaan rakyat la cam nie...orang undi bukan sebab ISA ooiiii...sebab nak suruh bela rakyat...ISA tu baru 1% je dari segakla perjuangan membela nasib rakyat.....berpijak la di bumi nyata dan jangan buat keputusan mengecewakan rakyat oooiiii...
Memang benar ISA hanya 1% dari perjuangan. Tapi, ini teknik tawar-menawar. Dalam peperangan memerdekakan negara, perlu dapatkan persen demi persen. Ini seni peperangan. Kita lihat bagaimana bangsa cerdik berperang. Israel menakluk Palestine persen demi persen. British menakluk Tanah Melayu persen demi persen.
Tak pernah pulak bangsa cerdik Inggeris membantah penaklukan Melaka kerana Melaka hanyalah 1% daripada Tanah Melayu. Tidak pernah pula bangsa cerdik Belanda membantah penaklukan orang2 besar istana Melayu kerana itu hanyalah 1% dari motif penaklukan Melaka.
Bila kita dapat sekat ISA, bayangkan betapa besarnya laluan dan peluang kita untuk terus gandakan asakan. Seni peperangan tu rumit dan luas. Kita tidak meminta seluruh ADUN / AP meletak jawatan. Hanya 2 ditempat yang sesuai.
Semua ini teknik dan seni peperangan. Peluang sekarang terbuka dan terbukti oleh DAP.
AdukaTaruna WebKL Junior
Joined: Mar 01, 2006
Posts: 504
Posted:
Mon May 11, 2009 5:33 am
2 kerusi dicaturkan. (2)
Najib hanya takut Cina dan India?
ADa yang memberi pandangan, tahanan ISA Melayu tidak dibebaskan kerana Melayu masih menyokong UMNO. Tetapi Najib (UMNO) hanya takut Cina dan India.
Pada gua, kerana parti lawan UMNO, PAS, tidak bergerak seefektif Cina dan India. Sebab, UMNO tahu, walau apa pun UMNO buat terhadap Melayu, PAS tidak mampu menyampaikan kepada Melayu.
1. UMNO ISAkan pejuang Melayu, PAS hanya bercakap di ceramah. Hadirin hanya ahli totok.
2. UMNO roboh kampung Melayu, PAS hanya menulis di Harakah. Pembeli hanya ahli totok.
Kalau PAS berbangsa cerdik, persempadanan semula itu adalah satu senjata. Keadaan semasa juga adalah satu senjata.
Kalau PAS menggugut kerusinya demi tahanan ISA muslim, di sinilah cerdiknya PAS menggunakan situasi pengundi Cina dan India yang tidak menyokong BN untuk keadilan tahanan muslim itu.
Kalau kita cerdik dan laju, apa sahaja yang berguna dalah senjata yang perlu dimanfaatkan segera, sebelum peluang itu berlalu begitu sahaja. Tapi sebab PAS berbangsa majority Melayu, maka UMNO tidak takut. Sudah 50 tahun lebih begini.
Perbezaan kes Penanti.
Perletakan jawatan Penanti adalah hal peribadi, bukan hal rakyat. Ia tiada kena-mengena. Penanti punya isu kacau-bilau. Sambung study kata PKR negeri, jasa dan prestasi hebat kata Anwar, disabotaj dan akan saman kata Fairuz sendiri.
Tetapi, dalam kes ugutan ini, ini semua untuk rakyat. Seni tawar-menawar dalam peperangan. Walau Georgia bukan wilayah Russia, tak sampai 1% dari matlamat perjuangan mereka, tetapi mengapa US dan Russia berebut?
Kerana mereka bangsa cerdik. Seni peperangan dalam tawar-menawar.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum