WebKL.Net - Your Online Community
Xpaid
HomeDownloadAccountForum Advertising GameLyricPhoto Video
   
iKlan@WebKL
WebKL Panel
Our Panel
Home
 Your Account 
 Stories Archive
 Search
 Members List
Journal
 Columnist
 Tell Your Friend

 Sumbangan Anda
 Send Link 
 Send Lyric
 Send Article 
 Send Comment
 Submit Event

 Komuniti
 Forum
 Profile
 Borak

 Perkhidmatan
 Pengiklanan
Radio
E-Foto
Lirik Lagu
Web Links
Games
E-Card
Quran Online

KL Menjerit
Shout History   

Only Registered Users can Shout
Create/Login
Powered By
"Web Hosting Starting from RM20/year"




Kerana Lembu Seekor
Novel/Cerpenanilin8185 menulis "

"Sudahlah Nah, jangan cakap lagi pasal lembu tu. Bukan ke kita dah setuju bagi sama rata. Kau juga yang suruh jual semua lembu-lembu tu."


Siah cuba memujuk Senah yang masih dengan muka tidak puas hati duduk bertenggek di tangga rumahnya.

"Memang aku yang suruh jual semuanya! Memang aku yang suruh bagi sama rata lembu-lembu tu! Tapi aku tak puas hati betullah dengan kau ni!"

"Apa lagi yang kau tak puas hatinya?"

"Lembu kau gemuk-gemuk!"




"Eh? Lembu kau pun gemuk-gemuk Nah..."

"Tapi yang seekor tu gemuk betul! Mau beribu kau dapat dari seekor tu aje..."

"La...takkan dengan yang seekor tu pun kau nak berkira Nah..."

"Mestilah...kat lembu seekor tu pun kau dah untung beribu!" Senah berkeras menunjukkan kedegilannya. Siah mengeluh berat.

"Mana ada Nah, tak sampai beribu pun aku untung. Sama lebih kurang macam kau juga.." Siah membela diri.

Senah menjeling marah. Ikut hatinya hendak aje dia tarik-tarik rambut Siah tanda tidak puas hatinya.

"Sudahlah! Kau memang tak guna Siah! Duri dalam daging!" Senah bangun dan terus pergi dari situ meninggalkan Siah yang bersedih.

Siah masih diam di tangga. Terkenang saat pembahagian anak-anak lembu yang dibeli dan dikongsi bersama. Siah sepuluh ekor, Senah sepuluh ekor. Makan, minum, tidur semua lembu itu di kandang yang sama yang didirikan oleh Izudin anak sulung Siah. Tetapi Senah agak kecoh sedikit, semua lembunya ditandakan dengan cat merah dicuping telinga dengan alasan takut tertukar dengan lembu milik Siah. Siah biarkan sahaja kerana faham dengan perangai Senah agak keterlaluan, tidak boleh melihat orang lain lebih sedikit daripadanya.

Sejak dari hari Senah datang menyatakan rasa tidak puas hatinya tentang lembu gemuk yang seekor itu, dia tidak lagi bertegur sapa dengan Siah. Bila berselisih, Senah akan meludah ke tanah. Siah geleng kepala. Sampai hati kau Senah, kerana lembu seekor, sanggup kau putus kawan...tetapi semuanya itu tidak Siah luahkan. Siah pendamkan.

Sebulan selepas peristiwa tersebut, Siah jatuh sakit. Siah tiba-tiba jatuh pengsan ketika menaiki tangga rumah. Bincut dahinya terhantuk pada bendul simen. Menggelupur Izudin mendapatkan ibunya. Siah tak boleh bangun. Tetapi bila diperiksa, tiada tanda urat terseliuh atau bengkak-bengkak. Hanya bincut di dahinya yang ketara. Bila ditanya, Siah kata pandangan matanya tiba-tiba gelap dan telinganya berdesing.

Sampai dua tiga hari jugalah Siah terlantar di tilam. Lepas itu barulah Siah boleh bangun. Tetapi lain pula penyakit yang datang. Siah selalu sesak nafas. Bila sesak nafasnya menyerang, dada Siah berasa sakit yang amat sangat. Terasa bagai ada sesuatu merobek-robek isi jantungnya dari dalam. Biasanya sakit itu datang setiap kali Siah mahu tidur atau makan. Oleh yang demikian, badan Siah, hari demi hari semakin susut. Selera makannya lansung hilang. Sepinggan nasi, hanya sesuap yang luak.

Izudin risau yang amat melihatkan keadaan ibunya. Di bawa ke hospital, doktor kata tiada apa-apa. Izudin mula cemas, biasanya kalau tiada apa-apa kata doktor, pasti ada sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tapi Izudin buang jauh-jauh segala prasangkanya.

Sepanjang Siah mengalami sakit-sakit, ramai juga jiran-jiran yang datang menjenguk kecuali Senah. Walaupun rumah hanya selang sebuah, Senah tidak pernah meluangkan masa melawat Siah. Sebaliknya mulutnya tak habis-habis berkata, "Padan muka!! Orang tamak, macam tu lah balasannya!!" Mahu sahaja Izudin menampar mulut celupar Senah, tetapi mengenangkan mereka hidup berjiran, Izudin tahankan rasa amarah yang membuak-buak di dada.

Hari demi hari, Siah makin kurus. Sakit dadanya kini kerap kali menyerang. Tiada apa yang mampu Siah lakukan. Ubat pemberian doktor tidak mampu mengurangkan beban sakit yang ditanggungnya. Siah hanya mampu mengerang dan menangis. Hati Izudin bagaikan dihiris dengan belati bila melihat keadaan ibunya yang semakin hari semakin membimbangkan. Kalaulah arwah ayahnya masih hidup, tidaklah Izudin terkapai-kapai sendirian. Terpaksalah Izudin menghubungi saudara maranya memaklumkan akan keadaan ibunya itu.

"Masya Allah...ini tak boleh dibiarkan ni...baik kita bawa berubat secara kampung!" Abang sulung ibunya memberikan cadangan setelah melihat betapa teruknya keadaan adiknya Siah. Bahagian dadanya lebam hingga ke pangkal leher! Siah juga sudah tidak mampu untuk bercakap dengan betul.

"Kalau macam ini gayanya, bukan sakit biasa...mesti ada yang dengki pada mak kau ni Din..." sampuk Zaiton, ibu saudara Izudin. Anak muda itu tidak mampu berkata apa. Dia hanya menurut apa sahaja ikhtiar yang dirasakan dapat menyembuhkan penyakit misteri yang dialami oleh ibunya. Siah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan untuk berjumpa dengan seorang tua bergelar Tok Jusoh. Ketika mula melihat raut muka Siah yang lemah dan tidak berdaya, Tok Jusoh hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Maaf, anak-anak semuo, atuk tak berani nak jamin. Semuo kuasa bukan kek tangan kito. Tuhan yang punyo kuaso...kito cumo berikhtiar mana yang kito mampu...lebih tu kito sorahkan kek Allah Yang Maha Berkuasa..." Tok Jusoh awal-awal memberi peringatan dalam loghat negeri.

"Maksudnya tok?" Tanya Zaiton meminta penerangan lanjut. Tok Jusoh menarik nafas panjang-panjang.

"Susah! Udah terlambat kalau dikira ni...ado orang dongkikan si Siah ni. Kerano lembu saekor! Dijampinya patung, bagi Siah ni sakit setiap maso. Atuk tak mampu nak melawan kuaso setan tu. Marilah kito samo-samo berdoa..." 

Mendengar kata-kata Tok Jusoh itu, Izudin menjerit sekuat hati. Di ruang matanya terbayang wajah Senah dngan mulutnya yang herot berot mengumpat keji orang lain. Bapa saudaranya cuba menenangkan Izudin dan mengingatkan tentang keadaan ibunya yang sakit tenat. Kalau ikutkan hati Izudin, mahu sahaja dia pulang dan menikam-nikam muka Senah.

Malam itu, Siah meraung-raung kesakitan. Masing-masing jadi tidak tentu arah melihat keadaan Siah yang terpekik terlolong itu. Mata Siah buntang ke atas dengan mulut ternganga luas. Jeritan Siah bertambah nyaring dan menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Kadangkala, dia mendengus seperti seekor lembu jantan yang kena sembelih.

Tok Jusoh tidak henti-henti membaca jampi dan doa, tetapi semuanya tidak berhasil. Keadaan Siah sudah sampai ke peringkat paling teruk. Mereka hanya mampu berserah dan berdoa pada Yang Maha Esa.

Siah kejang di lantai. Timbul segala urat-urat di seluruh badannya. Selepas menjerit sekuat hati, Siah diam secara tiba-tiba. Tidak bergerak-gerak dengan mata dan mulut ternganga luas. Masing-masing diam tidak berkata apa. Tiba-tiba, darah keluar membuak-buak dari mulut Siah!

"Allahhuakhbar!!! Ya Tuhanku!!! Bala apa ni?!!" Zaiton menjerit. Terkejut melihat darah yang melimpah ruah keluar dari mulut Siah membasahi lantai. Izudin terduduk dengan tubuh menggeletar. Semua yang menyaksikan terdiam dan terkejut yang amat sangat. Siah sudah tidak bernyawa lagi ketika dalam perjalanan ke hospital. Tetapi apa yang mengejutkan ahli keluarga Siah bila doktor memberitahu, hati Siah pecah! Semua pembuluh darah utamanya juga pecah! Mereka tergamam. Memikirkan bagaiman semua itu boleh berlaku.

Apabila jenazah Siah tiba di rumah, jiran-jiran sudah siap sedia menunggu untuk upacara pengkebumian. Cuma satu wajah yang tidak muncul. Senah! Senah dan keluarganya hilang! Mereka dikatakan berpindah tanpa disedari sebaik sahaja kematian Siah tersebar di seluruh kampung. Berita kematian Siah terkena buatan orang kerana lembu seekor!


Note: Gambar Sekadar Hiasan..
"
Posted on Monday, January 11 @ 08:00:00 MYT by IkaShazreen
 
Related Links
· More about Novel/Cerpen
· News by IkaShazreen


Most read story about Novel/Cerpen:
Mahalnya sebuah kehormatan

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

Associated Topics

Novel/Cerpen

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
Semua kandungan di dalam WebKL.Net ini adalah hak milik awam. Salin dan sebarkan untuk kebaikan semua.


WebKL.Net Copyright © 2005 by Putra_Aslim. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. WebKL.Net comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.11 Seconds