 |
|
 |
|
|
"Web Hosting Starting from RM20/year"
Rejab - Pengertian, Peristiwa Penting dan Amalan |
|
 Sempena kedatangan bulan Rejab pada Rabu 24 Jun 2009 lalu.
Pengertian
Rejab
bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang
dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini
dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini
dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW
mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.
Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena
dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu
peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak
musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW
dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di
kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang
mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah
ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru
untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya.
Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan
istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang
termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj Isra'dan
Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis
di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk
mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan
tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada
27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal;
sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan
pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada
tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut
Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali,
ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun
yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab,
sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga
terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan
pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi),
sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya
berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian
berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan
ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah
mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk
mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi
S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah
itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu
tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom
telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan
kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis Baitul
Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman
pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman
pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan
serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat
menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh
pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis
hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal
Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul
Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan
pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul
Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama
Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH. Nama
sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di
Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan
Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar
dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara
peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi
rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Amalan
Tiada amalan khusus
untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai
di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya
kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu
tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW
tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab
khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
Ini
untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah)
dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu
ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu
seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini
adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.
Terlalu banyak
amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk
mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak.
Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus
al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar
pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita
bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata
untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib
sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat
sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar
tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan
penapis (solar filter).
Bagi mereka yang mempunyai teleskop
atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji
peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal
Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam
melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat
mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya
apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.
Sumber Disediakan oleh: Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka www.al-azim. com
|
|
Posted on Saturday, June 27 @ 14:00:00 MYT by IkaShazreen |
|
|
|
|
| |
|
Associated Topics
 | | | | |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
| | | | |
| No Comments Allowed for Anonymous, please register | | | | | |
|