
Isu
memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat Pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan
penerima.
Perspektif
Positif :
Jika dilihat
dari perspektif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti
hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.
Malah,
sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia
bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
"Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala
jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika
bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan
(menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan
menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat
Al-Bukhari)
Justeru,
sekiranya ia
dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan
pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.
Oleh kerana
kemungkinan pada hari raya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga,
mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya
diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya' .
Saya harap
masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan
niat mereka dengan memasang niat ia
sebagai sedeqah dari
bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari
raya semata-mata.
Perspektif
Negatif
Ia boleh
menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -
1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin
menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya
dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah
di benarkan sama sekali menurut Islam.
Justeru,
perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat
atau tidak.
2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang
mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi
keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali
di dalam Islam.
3) Disebutkan
juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan
negatif kepada
kanak-kanak yang bersifat
materialistik
dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya
kepada mereka.
Ini boleh
menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali
tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.
Walaupun
demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan
pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram,
si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah
yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah
bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.
Jika
seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk
menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada
ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih
memberikannya sewaktu hari raya.
Justeru, pada
hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih
ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah
membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah
‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah
yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.
4) Bagi
mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika
dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan
dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.
Ini kerana ia
boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk
dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi
kepada perkara yang haram.
Sebuah
hadis menyebut :
Ertinya
: Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang
memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang
membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang
menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta
dibelikannya. " (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani :
Hasan Sohih)
Keterangan : Walaupun hadith ini
menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada
kaedah Qiyas dalam Islam.
Sebuah
Hadith lagi : ertinya
Ertinya
: "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan
penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih
)
Justeru, jika
ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya
tergugat. Ia sama seperti memberi duit
raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.
Wa’allahualam… .Hanya
Allah dan Rasulnya yang mengetahui….Amiinn
Note: Sumber Dari Email
|