|
  Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak
balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar
ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak
abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar
berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa
mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat
kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan!
Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama
Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa
bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut
dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek
dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu
jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah
berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti
terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan
tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan
kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang
duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang
itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil
menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut!
Aku ingat orang darat mana tadi!
Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu
kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem
nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang
diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana
kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma
tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah..
Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan
kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau
tu?
Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur
Raiz. Naim kelihatan murung.
"Aku memang ada masalah pun. Eh!
kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya
gitulah!" " Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak
dengan kau.
Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa
kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz
mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku
balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam
hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan
apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya
diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas
panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu,
macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung
belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki
aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar
cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde
sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak
imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya
yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu
malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku
tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari
raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal
aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku
gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku
cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang
apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang
mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku
mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam
tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.
Naim cuma tersenyum. "Tu
la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar
berita.
Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh!
Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong
gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak.
Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh
aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa
kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah
nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk
aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari
hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama
kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga
larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya
terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil
tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini
rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz
tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut
Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya
yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini
pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?"
jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan
sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya
daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz
melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu
nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz
mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak...
ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz
segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim
bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz
terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,
sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu
ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia
meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat
kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru
orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz
tambah terkejut.
Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah
Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu!
apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin
sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan
kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk
aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau
dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama
kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz
kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.
Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih
kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana
!
moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah
bertanya kabar
|
|
|
|
|
|
| |
|