Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar
untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan
oleh mereka-mereka ini....
Saya telah mendengar kisah seorang
bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya)
seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini
amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan
perniagaan orang lain hancur....nauzubill ah...
Saya
terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya
dan bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si
polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya
datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...
bomoh
itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan
handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka
dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya
agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya
pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada
saya. 'anak ini berniaga kah?'
saya menjawab: tidak. saya
hanya.......
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin
hairan. 'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang
untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan
orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga
sama. Mengapa pula begitu?'
Saya: Saya kasihan dengan
perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga,
peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu
si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan
beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi
mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak
mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa
barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya
untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
'sebelum
itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.
saya:
ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup
saya ingat...
'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai
yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi.
saya:
er..Mcdonald dan KFC......
Serta merta wajah bomoh tadi
bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya
ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab. 'Saya benar-benar
pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana.
Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan
beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa
besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan
sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan
syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan
besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain
silap mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke
atas sesiapa..... . hanya mengunakan tipu daya
sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang
perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula
perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir
oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju
dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh
lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah.
Insya Allah
anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada yang
tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu
untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakba r!
Posted on Friday, September 19 @ 07:25:04 MYT by MinorityReport