IkaShazreen menulis "
Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana
sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang
membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan “jarang membuang
air besar”. Ini kerana setiap individu adalah berlainan.
Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa
kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalamu sembelit,
tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sebelit
dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali
seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda
penyakit (simptom). Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit
perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil
dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.
Sebab-sebab berlakunya sembelit:
* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
* Kurang minum air.
* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.
* Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang
mengandung-hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus
menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin yang menekan bahagian usus
juga menyebabkan sembelit.
* Penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism).
* Ubat-ubatan seperti ubat narkotik seperti ubat batuk yang mengandungi
codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang
mengandungi aluminium atau kalsium.
* Makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement).
* Irritable bowel syndrome/spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini jugak mengalami cirit birit)
* Penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan
berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin
mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan
bisacodyl (Dulcolax)
* Penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku
bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah).
Note: Gambar Sekadar Hiasan "
|